Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Tuesday, December 13, 2011

[Penggodam Warga Afrika Menyebabkan Kerugian RM 960,000

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan Internet dipercayai didalangi oleh warga Afrika dikesan aktif memperdaya mangsa terutamanya ahli perniagaan dengan menggodam e-mel mangsa.




Taktik terbaharu itu mula dikesan selepas polis menerima dua laporan daripada dua lelaki pada akhir bulan lalu dan awal bulan ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,000.

Modus operandi yang dilakukan suspek ialah, mereka akan menggodam e-mel syarikat mangsa berkaitan urus niaga syarikat tersebut dan menghantar e-mel itu kepada pihak ketiga yang merupakan pelanggan syarikat berkenaan.

Menerusi e-mel itu, suspek akan meminta pelanggan mangsa membuat pembayaran ke akaun sindiket berkenaan yang didaftarkan di negara ini. -kosmo-

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.