Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Tuesday, December 13, 2011

Kepada Yang Mencari Kesempurnaan Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Salam sahabat,

Aku tidaklah sehebat dalam beragama. Tetapi alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku menilai dan mengambil iktibar dari semua perjalanan hidup yang aku tempuh. Aku mengenal erti cinta. Tapi yang silapnya cinta itu terlalu taksub kepada manusia bukan kepada penciptaNya. Memang betul aku sudah gagal beribu-ribu kali dalam percintaan.




Tapi mungkin tidak serik. Dan akhir sekali aku bercinta dengan seorang pemuda yang aku rasakan dia cukup sempurna. Mungkin kerana terlalu cinta perasaan itu bertukar kepada ingin memiliki. Entah bagaimana di penghujung jalan cerita kami, putus tanpa alasan meninggalkan aku seorang diri mencari ape kesalahan yang mungkin aku belum perbaiki.

Aku sedih tetapi tidak meratapi. Sebulan berlalu akhirnya pemuda itu bersama dengan orang lain. Aku pelik, aku marah, aku sedih. Insan yang seterusnya bukan saingan aku itu yang pasti tetapi aku rasa terhina. Dia bukanlah insan yang seperti didambakan di dalam hati seorang pemuda itu untuk menjadi seorang isteri. Mungkin perasaan cemburu, ego dan marah masih di hati.

Dalam pada itu aku bersyukur padamu Ya Rabbi. Aku muhasabah diri. Empat bulan cuti yang diperuntukkan bagi seorang mahasiswa/I diisi dengan membentuk rohani. Aku berterima kasih pada pemuda itu seikhlas hati.
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih lalai berdiri di muka bumi ini.
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku.

Mungkin aku masih membongkak diri.Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Yang pasti aku tidak kenal cinta Ilahi seperti hari ini.Semuanya aku berterima kasih kepada engkau. Apa yang selalu terjadi aku selalu mendoakan engkau betul-betul mendapat apa yang engkau hajati.

Doakan lah aku betul-betul berada di samping Ya Rahman nanti. Aku masih mencari jalan untuk perubahan diri. Bantulah aku sahabat sekalian.Bangkitlah wahai pembenci cinta dan menyalahkan cinta. Cinta itu ada. Tetapi sebelum kita mencari cinta kepada manusia carilah cinta kepada Pencipta agar tidak mudah kecewa.
“Kalau aku merasakan engkau adalah cukup sempurna. Maka aku telah salah menilai kesempurnaan itu”
“ Kalau kita jatuh bukan bermakna kita kalah tetapi mungkin kerana kita salah. Kalau kita salah bukan bermakna kita menyerah tetapi mungkin kerana kita perlu muhasabah”

sumber : akuislam.com

Comments
1 Comments

1 comments:

Cikrosecute said...

betul tue...kalau kita mencintai seseorang rasa ingin memilikinya....hehehe

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.