Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Friday, November 4, 2011

Vikingdom | Filem Hebat Terbitan Kru Studios

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Vikingdom ... melihat poster je, kita tentu beranggapan bahawa ianya sebuah filem Holywood. Begitulah dengan saya apabila melihatnya pertama kali semalam di sebuah akhbar tabloid tempatan. Lalu, saya cari berita mengenainya untuk dikongsi dengan anda.

Dan ada beberapa nama yang saya kenali sebelum ini menerusi beberapa filem dan drama di TV. Difahamkan juga kos filem ini mencecah USD10 Juta.

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2011: Cuba perhatikan poster filem ini. Mungkin ada yang beranggapan itu ialah poster sebuah filem dari produksi Hollywood. Salah kerana hakikatnya ia adalah produksi anak tempatan, milik KRU Studios.

Lebih menarik lagi, apabila filem berjudul Vikingdom itu akan ditunjangi lima pelakon antarabangsa iaitu Dominic Purcell yang memegang watak sebagai Eirick, Craig Fairbrass (Sven), Natassia Malthe (Brynna), Jon Foo (Yang) dan Conan Steven (Thor).

Sedang menjalani penggambaran sejak pertengahan Oktober lalu, filem arahan Yusry Abdul Halim ini bakal berada di panggung pada Disember 2012...


Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.