Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, November 21, 2011

Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 4 Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tarikh keputusan Permohonan MRSM bagi tingkatan 4 jatuh pada 30 april 2012. Pemohon yang gagal mendapat panggilan sehingga 30 April 2012 dianggap gagal untuk mendapat tempat di MRSM bagi sesi 2012. Berikut adalah syarat minimum untuk masuk ke MRSM untuk pengetahuan calon.


Syarat Kelayakan Masuk MRSM
   1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.
   2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

   1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
   2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
   3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Pemilihan

   1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
   2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
   3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
   4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.



Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.