Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, November 24, 2011

Seram | Lelaki Berpenyakit Aneh Dari Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Lelaki Belon (Bubble Man) dibawah ialah Chandra Wisnu, 57, seorang rakyat Indonesia yang mempunyai sebuah penyakit yang aneh. Seluruh tubuhnya ditumbuni bonjolan tomor yang membuatkan beliau kelihatan seperti dilitupi belon. Chandra mula mengidap penyakit aneh ini ketika berusia 19 tahun. Pada ketika itu bonjolan bermula pada permukaan kulit muka. Apabila mencecah usi 24 tahun bonjolan merebak ke bahagian belakang sebelum akhirnya menutupi seluruh tubuhnya ketika berusia 32 tahun. Sungguhpun kelihatan agak jijik, Chandra ialah bapa beranak 4 dan sudah berkahwin selama 33 tahun.



Selepas tubuhnya dipenuhi bonjolan Chandra menyuruh isterinya Nanik Tri Haryani, meninggalkannya. Tetapi Nanik enggan dan berkata

"Melihat Chandra meneruskan hidup walaupun berpenyakit begini menunjukkan beliau seorang manusia yang tabah dan cekal. Saya tak boleh meninggalkan orang yang cekal sebegini"

True love and manly tears! Chandra sudah penat berubat tetapi doktor tidak mampu mengubatnya. Setiap hari dia memakai topeng dan sarung tangan bagi memastikan orang ramai tidak jijik melihatnya. Kini timbul pula masalah baru buat Chandra. Dua orang anaknya yang paling tua juga kini sudah mengidap penyakit yang sama. Beliau tidak mampu mendapatkan rawatan buat mereka kerana tidak mampu.



Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.