Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Wednesday, November 30, 2011

" Men In Black 3 " Dalam Bentuk 3D Di Pawagam 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rindukan aksi-aksi kelakar dan tembak-menembak antara manusia dan makhluk asing? Anda pasti salah seorang peminat filem lakonan Tommy Lee Jones dan Will Smith, “Men In Black”.

Setelah hampir sedekad filem “Men In Black 2″ ditayangkan, akhirnya filem terbaru arahan Barry Sonnenfeld ini bakal ditayangkan pada tahun 2012. Filem ini akan menampilkan Josh Brolin sebagai Agen K ketika muda dan Will Smith sebagai Agen J. Apa yang menarik, filem ini bakal dibikin dalam bentuk 3D!

“Men In Black 3″ mengisahkan mengenai Agen J (Will Smith) yang akan menggunakan mesin masa dan kembali ke masa lampau untuk membantu Agen K  (Josh Brolin) yang masih muda menghapuskan makhluk asing dan menyelamatkan bumi dari musnah.

Trailer filem ini masih belum dikeluarkan lagi, namun begitu, ada beberapa keping gambar untuk anda lihat dan bayangkan scene-scene yang akan ada didalam filem itu nanti. Enjoice!






Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.