Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Friday, November 25, 2011

Laman Web 1 Malaysia Digodam Oleh Hacker Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam.

Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam".


Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia.

Di bawah ini screenshot yang sempat diambil ketika ReJaM© melayari website www.1malaysia.com.my sebentar tadi.


Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia.

sumber

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.