Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, November 5, 2011

Kisah 10 Manusia Yang Pernah Sampai Ke Neraka ( 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....



1. PDT. PHILLIP MANTOFA
Dibawa ke neraka oleh Tuhan tarikh 1 Januari 2000. Di sana beliau melihat bagaimana orang-orang yang tidak mengenal Tuhan diseksa oleh iblis terus menerus tanpa berhenti. Dia melihat jurang api tanpa asas dan melihat wanita yang suka berselingkuh serta lelaki yang suka melancap sedang diseksa.

2. JENNIFER PEREZ

Dibawa Tuhan ke neraka pada tarikh 2 Mei 1997. Waktu itu umurnya baru 15 tahun. Di neraka dia melihat syaitan-syaitan menyiksa jiwa-jiwa yang belum diselamatkan. Ada yang dipancung, ada yang ditusuk-tusuk badannya. Pulang dari neraka dia langsung bertaubat.

3. Bill Wiese

Beliau pernah ada di neraka selama 23 minit. Di sana dia merasa sendirian, ketakutan melihat syaitan sedang menyeksa orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan, melihat daging terbakar dan bagaimana baunya yang membuat mual. Pengalamannya di neraka ditulis dalam buku “23 Minutes in Hell.”

4. ELIZABETH
September 2001 pada saat sedang doa syafat di gerejanya, Elizabeth dibawa Tuhan ke neraka. Di sana dia melihat bagaimana orang-orang minta tolong supaya dilepaskan daripada penderitaan abadi (penderitaan selama-lamanya) di neraka, tapi sudah terlambat. Kebanyakan daripada mereka digerogoti ulat yang makan daging mereka dan ada pula yang dibakar oleh api (baca ALKITAB, MARKUS 9:43-48)

5. MARY katrin BAXTER
Seorang hamba Tuhan yang sering dikunjungi Tuhan ini dibawa ke neraka tahun 1976. Di sana di melihat ada lembah berbentuk mangkuk yang mengandungi api yang tidak pernah padam (sesuai dengan ALKITAB, MARKUS 9:43-48). Di dalam api itu ada orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan. Mereka dihukum di sana selamanya. Kesaksian itu dibuat buku yang diberi judul “A Divine Revelation Of Hell.”


Nantikan sambungannya di bahagian ke 2.....Hehehehe....


Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.