Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, October 1, 2011

Gelek Berahi Sebagai Umpan Tarik Pengunjung Ke Warung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

KUALA LUMPUR: Sebuah warung di Jalan Ampang di sini mempunyai rahsia tersendiri untuk menarik pelanggan apabila ‘menghidangkan’ aksi berunsur ghairah dua penyanyi karaoke dipercayai wanita warga Indonesia pada setiap malam.

Warung yang terletak kurang 30 meter dari pencawang elektrik itu hanya menawarkan makanan dan minuman biasa, namun ‘gelek berahi’ dua penyanyi terbabit membuatkan ia sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu.

Pemantauan selama dua malam berturut-turut mendapati sebahagian besar pengunjung seolah-olah sukar menghabiskan segelas teh akibat terpukau tarian ghairah dua ‘artis residen’ warung itu melalui nyanyian lagu dangdut mereka.

Warung terbabit menyediakan pentas ringkas bagi kemudahan pelanggan yang mahu berkaraoke, tetapi persembahan dua penyanyi dangdut itu sentiasa ditunggu pelanggan.

Dua penyanyi berusia 20-an mendendangkan tiga hingga empat lagu dangdut dengan tarian gelek mengghairahkan sebelum berehat beberapa minit untuk memberi peluang kepada pengunjung berkaraoke sebelum menyambung persembahan mereka sehingga awal pagi.

Comments
3 Comments

3 comments:

cucu tun teja said...

alahai....manusia....dan of course kebanyakan pengunjung warung tu mesti lelaki, melayu, islam....apa nak jadi....

bestoneoffour said...

Indon mari...penyumbang rosaknya bangsa 1malaysia.

Layari bestoneoffour ada cerita yang agak menarik.

Budak Chomot said...

Macam ni pun ada ke? -.-'

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.