Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku sebenarnya malas nak buat entry ni sebab aku tak pandai nak olah bab-bab gathering ni..Hehe..Tapi di sebabkan aku bertanggungjawab yang buat event ini,aku terpaksa juga menceritakan perjalanan Gathering yang kitorang semua buat Sabtu lepas di MidValley Megamall.
Dalam The Gardens
Aku sebenarnya dah lama rancang eveny macam ni..So,minggu lepas aku dapat idea untuk post ajak gathering.Niat untuk update status suka-suka,tapi tak sangka ramai pula yang support idea spontan aku tu.Kalau korang nak tahu,macm ni la status aku..
ok..panggilan terakhir untuk event sok...gathering blogger bersama aku sendiri..hehe..sape rasa nk knal aku,jom la join...
venue : mid valley
date : 17 SEPT
time : 1 ptg
activities : bowling , movies ( kna bncg dulu ) ,berkenalan sesame blogger,then bergambar kenangan..:)
tmpt jmpe : depan toy city,tingkat atas sekali...
Begitulah bunyi status aku..Ramai pulak yang komen..Hehe..So,nak di jadikan cerita,hari Sabtu lepas bermula Gathering bersama blogger yang tak pernah kitorang saling kenali.Yela,kornag pun tahu aku tak de gambar.Haha.Yang paling terkilan ialah masa event kami banyak tertunda kerana kesilapan teknikal.Event yang sepatutnya bermula pada pukul 1 tetapi terpaksa di tunda pada pukul 4 petang.
Ini semua gara-gara menunggu ketibaan Heliza Jr..GRRRRRRRRRRRRRRRRRR...Di sebabkan dia adalah seorang artis,kami terpaksa bersabar dan tetap tersenyum..Muahaha...
Korang sanggup marah bila tengok muka Heliza Jr ni ? Hehehe.
Yang jadi amngsa keadaan adalah 2 orang blogger Handsome iaitu Atuk dan juga Taufiq.Mereka telah tunggu kedatangan kami semua di Mid Valley sejak pukul 1 lagi.Jadi korang paham-paham je la macam mane perasaan diorang kan.Mengamuk diorang lepas tu..Hehe..
Setelah di bincang-bincang,kami bersetuju untuk main bowling sebagai event 1st kitorang.So,kitorang ambik 2 set game dan hnya 4 orang sahaja yang main..Iaitu aku,mas,hanna dan juga taufiq.Heliza Jr. berkeras tak nak main walaupun puas kami paksa.Adehh...
Eeh,mesti korang pelik kan kenapa cuma 4 orang yang main..Sebenarnya,blogger-blogger yang lain kebetulan berjumpa dengan kami di sana lalu dengan tanpa segan silu join kitorang ( Jangan marah derrrrrrr...gurau je )..Hahaha..Atuk yang pada mulanya telah datang pukul 1 telah merajuk dan kembali semula ke Mid Valley pada pukul 5 petang waktu kitorang tengah syok2 main bowling.
Oppsss..lupe nak bagi tahu yang bahawa dalam kedua-dua set games tersebut,akulah JUARA..Muahahaha...So,korang berani nak lawan haku ? Errrrrkkk...Haha.K...korang layan lah gambar-gambar di bawah ini ye..
Atuk bersama Heliza Jr. dan juga Artis Hanna
Aku tak tahu apa motiff diorang buat mimik muka macam ni..Hehehe..
Atuk dengan muka yang cover Handsome..(^_^)..
Heliza Jr.bersama seorang peminat bergambar di dalam Cosmic Bowl
Posing maut dari 2 orang retiss perempuan...
Muka kepenatan selepas bermain bowling..( Akulah cameraman )..
so,pic aku tak ada..:(
Mas cuba ambil kesempatan untuk memikat Heliza Jr.
Artis blogger di atas menunjukkan simbol " peace " ataupun keamanan sebagai tanda ..............(^_^)..
Eh2..banyak pulak gambar 2 orang ni...
Then,lepas main bowling terasa perut ni kebuluran pulak..Yela,selepas kepenatan menunjukkan skill-skill yang hebat untuk mendapatakn perhatian orang lain..Tapi akhirnya bola ke longkang jua..Haha..Untuk belajar teknik balingan yang berjay,aku syorkan korang belajar dengan ArtIS Hanna..Hehehe...Jangan marah ye Hanna.
Susah juga nak jadi ketua ni ye..Ni baru beberapa orang yang join Gathering..Kalau ramai,aku tak pasti aku mampu Handle tau tak lagi..Yang paling banyak masa terhabis adalah mencari tempat yang sesuai untuk selera semua artis yang join gathering tu.
Setelah penat memerah otak dan pergi survey semua tempat,akhirnya semua bersetuju untuk makan di Pizza Hut.Nak tengok macam mane kitorang makan ? Layan gamabr di bawah ini..
Ni la salah satu mimik muka orang yang kelaparan..(^_^)...Jangan marah ye Hanna..
Aku memang suka jadi cameraman..Sebab dapat tengok mimik muka orang lain.Haha..
Mas sedaya-upaya memikat hati Heliza Jr.
Taufiq tanpa hiraukan orang lain terus melantak sepuas-puasnya..
Aina dengan posing muka kiut-miut..
Heliza Jr. dengan mimik muka comelnya ...(^_^)..
Selepas mimik muka kebuluran,Hanna dengan senang hati menjilat jari tanda kekenyangan..Hahaha..
Heliza tetap mahu bergambar walaupun sedang makan..Huhu...(^_^)..
Hanna bergambar dengan salah seorang blogger yang hadir
Atuk yang kesepian kerana Awek dia tidak dapat hadir..Jangan marah ye atuk...
Mas & Heliza Jr. yang duduk menyebelah seperti pasangan yang sedang di lamun.................<3....
Muka happy selepas puas habiskan 2 set pizza..
Selepas kekenyangan melantak 2 set Pizza..Kitorang pun berjalan-jalan ke The Gardens.Dan cari tempat yang menarik untuk bergambar kenangan.Peristiwa yang kitorang tak kan lupa sewaktu sedang bergambar ialah sandiwara berpelukan anatar 2 orang kekasih di ahdapan mata kitorang bagaikan kitorang ni tak wujud..Haha..
Tanpa segan silu,kitorang semua tergelak kuat2 kerana adegan romantik dan panas di hadapan mata kitornag tadi tu..
Taufiq juga tak ingin kalah dalam merebut hati Heliza Jr.
Artis-artis yang hadir..( akulah cameraman )..
Beginilah keputusan Gathering kitorang pada Sabtu yang lepas..InsyaALLAH pada bulan 10 ini,kitorang akan buat 1 lagi gathering.So,bagi sesiapa yang minat,janganlah malu-malu untuk join ye..Kitorang tak makan orang pun..Hehe..
Kat sini,aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan bagi artis-artis blogger dan juga Heliza kerana sudi join gathering yang aku baut ni...(^_^)...Minta maaf ye,aku adalah juru gambar,jadi aku tak dapat letakkan muka aku...(^_^)..
Terima kasih kepada..