Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, August 27, 2011

Putus Kaki & Tangan Kiri Ketika Tunggu Makanan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki putus kaki dan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang selepas diserang 10 lelaki bertopeng ketika menunggu hidangan di sebuah restoran di Taman Intan Baiduri, Kepong di sini, kelmarin.


Difahamkan, semua lelaki terbabit yang bersenjatakan parang dan kayu turut menyerang semua pelanggan di restoran berkenaan sebaik tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, semua pelanggan dan pekerja restoran itu dapat melarikan diri kecuali mangsa yang terperangkap menyebabkan dia dipukul dan ditetak sebelum ditinggalkan berlumuran darah dan tidak bermaya.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa berusia 20 tahun sedang menunggu makanan dipesan sebelum tiba-tiba diserang 10 lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan kayu.

“Semua penyerang menaiki dua kereta ke restoran itu. Sebaik turun dari kenderaan, mereka terus menyerang pelanggan yang berada di restoran berkenaan.

“Mangsa yang gagal melarikan diri dipukul dengan kayu dan ditetak tanpa belas kasihan,” katanya.


Sumber : HMetro

Prince : Dunia semakin kejam !!!!!!!!!!




# Dapatkan RM 1 dengan setiap pendaftaran yang berjaya anda lakukan di SINI.

# Berminat untuk melihat Samsung Galaxy Tab 10.1 yang baru..Cepat..Sebelum peluang keemasan ini terlepas begitu sahaja..Klik Sini

# Jom sajikan Mamme Monsters Snack sebagai kuih raya..Memang berbaloi..Klik Sini


Comments
2 Comments

2 comments:

bumbleB said...

isk nowhere is safe.. hantar je semua culprits ni ke pulau jauh dari manusia

senyumSOYA said...

hhhu..bhaya la skang..adei.. tapi tu la.. hati2 dan selalu berdoa x ditimpa bnda2 x elok..^^"

salam lebaran..maaf zahir & batin..^^”

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.