Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Semua orang dah tahu bukan bahawa kita telah memasuki fasa terakhir Ramadhan iaitu 10 malam terakhir ataupun malam yang dijanjikan Allah terlepas dari azab api neraka..Sungguh pemurahkan kan DIA ,walaupun kita selalu berbuat dosa kepadaNYA,namun jika kita betul-betul ingin mencari keredhaanNYA pada 10 malam terakhir ini,nescaya kita akan terlepas dari azab seksaanNya yang amat menakutkan.
Sesunnguhnya Pencipta kita memang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun kerana telah menyediakan satu malam bagi kita yang mana jika kita benar-benar beribadah dan bermunajat kepadaNya pada malam itu bersamaan dengan ibadah kita selama 1000 bulan ataupun 83 tahun..
Bayangkan hanya satu malam sudah cukup untuk menampung ibadah seumur hidup kita..Menurut saintis kadar jangka hayat seorang manusia bagi lelaki adalah 63 manakala perempuan pula ialah 70,namun Allah telah bagi kita peluang untuk beribadah melebihi jangka hayat kita..Inilah kelebihan umat Muhammad SAW kerana umat ini paling dimanjakan oleh Allah.
Mencari malam Lailatul Qadar bukan sesenang menyebut namanya tetapi apabila kita mampu mencarinya ia adlah seindah namanya..Pada malam itu,kita akan merasakan ketenangan yang lain dari kebiasaann sehinggalah hari keesokkannya baru kita akan perasan bahawa kita telah melepasi malam itu.
Allah sengaja mencipta Malam Yang Penuh Keberkatan itu sebagai ganti jangka hayat umat Rasulullah SAW yang terlalu singkat berbanding kaum-kaum Nabi dan Rasuk-rasul yang lain sebelum ini..Betapa sayangnya Allah kepada kita sebgai hambaNya walaupun kita selalu membuta perkara yang memurkaiNYA.
Namun,kenapa kita sebagai manusia masih tidak mahu menghargai malam yang penuh keberkatan itu..Malah ingin mencarinya pun tidak..Ada yang lebih rela bergayut dengan awek,online dan buat keja tidak berfaedah berbanding bermunajat kepadaNya..Tapi sedarkah kita semua bahawa nyawa kita ini cumalah suatu pinjaman dan DIA mampu menyuruh malaikat Izrail Nya datang menjemput kita bila-bila masa.
Mahukah kita mati dengan penuh terseksa ? Ataupun mati dengan senyuman penuh kebahagiaan kerana sempat mengingatiNYA sebelum nywa kita dicabut. ? Semua jawapannya ada dalam diri anda.Fikirkan lah..
Tapi janganlah kita menyesal bila tibanya saat soal jawab antara anggota badan kita bersama Malaikat Mungkar dan Nankir di dalam alam Barzakh nanti.Jangan ditanya kenapa diri kita tidak diberi peluang kedua,jangan ditanya kenapa tiada orang yang ingin menasihati kita kerana kita sendiri yang mengabaikan nasihat dan peluang yang kita dapat berkali-kali.