Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, August 20, 2011

Kebenaran SMS Palsu Bulan Mengelilingi Kaabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini pergi blogwalking ,mesti ada orang buat entry SEO pasal bulan mengelilingi Kaabah yang didakwa pada malam ini oleh SMS berantai yang diterima..Sebenarnya ,aku malas nak buat pasal entry ini tapi disebabkan ramai blogger yang menyebarkan SMS palsu ni,jadi aku rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kebenarannya.


Di bawah ini adalah SMS palsu ayng diterima oleh orang ramai : 

“Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)

Berikut adalah kenyataan daripada pihak planeterium negara sendiri mengenai SMS palsu tersebut dan mengeluarkan fakta bahawa SMS yang tersebar tu adalah palsu.

Tuan/Puan:

Salam sejahtera.

Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:

Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..

Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di Mekkah

Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.


Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara


So,sekarang korang dah tahu kebenarannya bukan ? Jadi sebar-sebarkan lah ye...(^^,)..Jika aku tersilap,maaf..Tapi ini informasi yang paling latest yang aku dapat..




# Dapatkan RM 1 dengan setiap pendaftaran yang berjaya anda lakukan di SINI..& di SINI

# Duit Raya RM25,000 daripada MayBank untuk dibawa pulang di SINI..

# Mahu beraya bersama penyampai ERA kegemaran anda? Hantarkan jemputan anda segera di SINI

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.