Ibu saya hanya mempunyai sebelah mata..Saya bencikan ibu saya..Saya malu mempunyai ibu yang cacat..Ibu saya bekerja di sebuah kedai kecil di pasar..Ibu mengumpul rumpai laut untuk dijual..Ibu selalu memalukan saya..
Saya teringat suatu kisah semasa saya masih belajar di sebuah sekolah rendah..Hari itu merupakan hari sukan saya, dan ibu turut hadir di situ..Saya berasa sungguh malu..Kenapa ibu buat saya macam ni? Saya membuat muka jelik pada ibu dan berlari pergi meninggalkan sekolah..
Keesokan harinya di sekolah.."Ibu awak cuma ada sebelah mata?"
dan mereka mengejek2 saya..Saya berharap pada masa itu agar ibu hilang terus daripada dunia ini jadi saya pun berkata kepada ibu,
"Ibu, kenapa ibu cuma ada sebelah mata?! Ibu hanya akan menjadikan saya bahan ketawa di sekolah. Kenapa ibu tak mati je?"
Ibu tidak membalas..Saya berasa sedikit bersalah, tapi pada masa yang sama, saya berasa lega kerana dapat meluahkan segala perkataan yang ingin saya sampaikan kepada ibu selama ini..Mungkin kerana ibu tidak mengenakan hukuman kepada saya pada masa itu, tapi saya tidak merasakan yang saya telah mengguris hatinya pun..
Malam itu..Saya bangun daripada tidur, dan menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air kosong..Ibu sedang menangis di situ dengan perlahan, seolah2 takut yang dia akan mengejutkan saya daripada tidur..Saya memandang ibu dan terus berpaling..Memikirkan apa yang telah saya katakan pada ibu pada siangnya, saya merasa tidak sedap hati..Walaupun begitu, saya tetap benci ibu saya yang sedang menangis di saat2 air mata yang mengalir dari sebelah matanya..Jadi saya memasang azam untuk menjadi orang yang berjaya apabila sudah dewasa kelak, sebab saya benci ibu saya yang bermata satu dan benci hidup dalam kemiskinan..
Kemudian saya belajar bersungguh2..Saya meninggalkan ibu untuk melanjutkan pelajaran ke Seoul dengan segala keyakinan yang saya ada..Kemudian, saya berkahwin dengan gadis pujaan saya..Saya membeli sebuah rumah sendiri..Kemudian saya dikurniakan seorang anak perempuan..Sekarang, saya hidup sebagai seorang lelaki yang sangat berjaya..Saya suka berada di sini kerana tempat ini tidak mengingatkan saya pada ibu..
Kebahagiaan saya semakin bertambah dari sehari ke sehari, hinggalah pada suatu hari seseorang yang tidak dijangka2 mucul dalam hidup saya.."Apa?!!Siapa ni?!"..Orang itu adalah ibu saya..Masih bermata satu..Saya merasakan seperti langit akan runtuh saat itu..Anak perempuan saya lari ketakutan melihat mata ibu..Dan saya bertanya padanya, " Siapa kau ni? Aku tak kenal kau!!!" seolah2 saya betul2 tidak mengenali ibu..Saya menjerit padanya "Berani kau datang sini dan takutkan anak perempuan aku! KELUAR! SEKARANG!!!"
Ibu menjawab perlahan, "oh, maafkan makcik. Makcik mungkin dah tersalah alamat," dan ibu pun berlalu..Nasib baik..ibu memang tak kenal saya rupanya..Saya berasa lega..Saya merasakan bahawa saya tidak perlu berasa risau lagi tentang kejadian yang berlaku pada hari ini buat selama2nya..
Satu hari, sepucuk surat jemputan menghadiri perjumpaan semula rakan2 sekolah lama tiba di rumah saya..Saya membohongi isteri mengatakan bahawa saya akan pergi ke luar negara beberapa hari atas urusan perniagaan..Selepas tamat perjumpaan itu, saya berjalan ke arah sebuah pondok yang pernah saya panggil rumah suatu ketika dahulu..Tiba di situ, kelihatan ibu yang sedang terbaring kaku di atas tanah..Tapi saya tidak mengalirkan walau setitis air mata pun..Dalam genggaman tangan ibu, ada sekeping kertas..Rupa2nya itu adalah surat untuk saya..
Ibu menulis:
Ke hadapan anakanda yang disayangi..
Ibu rasa hidup ibu sudah terlau lama sekarang.
Dan..Ibu tak akan melawat Seoul lagi..tapi adakah terlalu melampau jika ibu minta kamu datang melawat ibu sekali sekala? Ibu rindukan kamu sangat2..Dan ibu sangat gembira mendengar berita yang kamu akan menghadiri perjumpaan bersama kawan2 sekolah lama di sini..Tapi, ibu memang sudah memutuskan untuk tidak pergi menemuimu di sekolah itu..Demi kamu..Ibu minta maaf sebab ibu hanya mempunyai sebelah mata, dan ibu memalukan kamu..
Sebenarnya, sewaktu kecil, kamu terlibat dalam suatu kemalangan dan hilang sebelah mata..Sebagai seorang ibu, tak sanggup untuk ibu melihat kamu membesar dengan hanya sebelah mata..Jadi ibu telah memberikan sebelah mata kepunyaan ibu untukmu..Ibu merasa sangat bangga kamu dapat melihat dunia baru bagi pihak ibu dengan mata itu..Ibu tidak pernah sedih/marah denganmu walau apa sahaja yang kamu lakukan sebelum ini..Memang ada beberapa kali kamu marah pada ibu..Ibu cuma berfikir "kamu buat begitu sebab kamu sayangkan ibu"..
Ibu rindukan saat2 kamu masih kecil di samping ibu.. Ibu rindukan kamu sangat2..Ibu sayang kamu..Kamulah segala2nya buat ibu.
Dunia saya terasa berkecai!!
Kemudian saya menangis untuk insan yang telah memberikan hidupnya untuk saya selama ini..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi segmen cerpen ini,anda boleh lah menhantar hasil karya anda tak kira la dalam kategori apa pun,hasil karya yang terpilih akan dipublish dan dikreditkan atas nama anda ataupun blog anda..Jadi tidak rugi jika menghantar karya ke blog ini.