Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Wednesday, April 20, 2011

[ Info Kesihatan ] Faktor Penyebab Buasir Dan Cara Mencegahnya

Assalamualaiku..rasenya dah lame aku tak bagi pasal2 tips2 kesihatan pada kowang semua kan...
sori sangat2..aku tak boleh buat ape2..terlalu sibuk dengan tugas sebagai seorang student...
k..sebagai ganti hari ini ak bagi satu tipas yang berguna untu kowang semua...mungkin ada antara kowang yang dah..mungkin ada yang belum tahu..aku harap info ini ada gunenya pada korang semua ye..



Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

Pencegahan Buasir

* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.

* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.

* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

p/s..kowang gembira tak dapat tips nie...??huhu

Comments
4 Comments

4 comments:

NUR AYNIE said...

buasir..harap2 x kene...ishhh

Unknown said...

uit... tq 4 d info....
nice sharing

Gerek said...

Aku dah kena buasir dah lama, dari 1986. Dah jumpa penawarnya, Alhamdulillah. Siapa yg berhajat, pi blog aku, www.gerekbasikal.blogspot.com kemudian add dlm FB dan massage kat aku, kita kongsi bersama

Qamaruls said...

aku plg seram buasir ni dowh..
naseb bek la aku hari2 makan buah..
hahaah

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.