Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, April 14, 2011

[ Cerita Hantu Bersiri ] Manusia Berkepala Anjing ... ( bhgn 4 )

 amaran
jangan bace cerita ini jika anda belum membaca bahagian pertama dan kedua
2.[ Cerita Hantu Bersiri ] Manusia Berkepala Anjing ... ( bhgn 2 )
3.[ Cerita Hantu Bersiri ] Manusia Berkepala Anjing ... ( bhgn 3 )



“Kemudian apa jadinya ?”
“Dia cuba membawa anak dara saya keluar dari rumah ni,” sungut Hussein Janggut parau. Dalam beberapa detik sahaja rumah Husein Janggut mula dikerumuni orang kampung. Malam itu sahaja sekurang-kurangnya lima buah rumah yang ada anak dara telah didatangi oleh mahluk manusia berkepala anjing. Seluruh kampung Paya Liam jadi gempar. Malam itu juga
bentuk dibentuk jawatankuasa pengawal kampung. Seluruh isi perut kampung Paya Lima berazam mahu menangkap manusia aneh itu. Perkara itu segera dilaporkan kepada pihak polis.

Dua malam kemudian atas inisiatif Imam Hamid, orang lelaki Paya Lima dikumpulkan di surau. Mengadakan pembacaan Yassin untuk hindarkan manusia kepala anjing berluluasa di kampung tersebut. Ibubapa yang mempunyai anak dara diminta supaya jangan membenarkan anak dara mereka berjalan waktu malam, terutama ketika bulan mula mengambang. Setiap anak dara disuruh membawa pisau atau parang bila mahu tidur. Pintu dan tingkap harus dikunci. Datuk dan Imam Hamid sungguh runsing dengan kejadian itu.

Dalam sibuk-sibuk perkara manusia berkepala anjing, Imam Hamid menghilangkan diri dari kampung tersebut. Dengan itu beberapa tuduhan mula dilemparkan oleh orang-orang kampung pada Imam Hamid. Datuk bertindak tegas. Dia menolak semua tuduhan itu dengan alasan yang dapat diterima oleh orang-orang kampung.

“Cara yang paling selamat kita lakukan ialah bejaga pada setiap malam.” Itu nasihat datuk pada orang-orang kampung. Beberapa orang dukun memberikan petua pada anak dara dan teruna supaya menaruh inai di jari manis. Dukun-dukun juga menasihatkan setiap rumah harus menyimpan Quran dan membacanya pada setiap malam. Dengan itu akan melumpuhkan kegiatan manusia kepala anjing datang ke rumah yang ada anak dara dan teruna.

Dukun-dukun atau pawang mengesahkan bahawa manusia kepala anjing itu adalah manusia yang datangnya dari kampung berhampiran yang sedang mengamalkan ilmu salah. Dia sedang menuntut ilmu seri pandang yang antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing. Dia akan menjadi manusia yang kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa empat puluh orang gadis atau dapat menghisap darah anak teruna sebanyak empat puluh empat orang. Kalau dia tidak dapat berbua begitu, dia akan terus menjadi anjing berbadan manusia hingga hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia akan dapat menguasai hantu syaitan yang akan memberikan kemewahan pada dirinya.

Malam itu, datuk pulang dari surau sesudah membaca Yassin. Waktu datuk mahu melintasi parit kecil yang memisahkan Kampung Paya Besar dengan Paya Lima, datuk terpandang pokok keduduk dan serunai laut tepi parit bergerak-gerak. Datuk sembunyikan diri di balik pokok besar. Di langit bulan mula mengambang, makin kuat sinar bulan memanah bumi, makin kuat pokok-pokok kecil di situ bergerak.

>>bersambung...

aku nak mintak tolong sikit boleh ???tolong vote tuk header aku kat bawah ni...
tekan jew link kat bawah ni..dan vote untuk diari seorang remaja ye...:)


sape2 yang sudi..sila vote untuk header saya boley ????
kat sini....

.:: diARi sEoRAnG rEMaJA ::.



Comments
1 Comments

1 comments:

SiS NaD said...

aiSeYMeN... BSaMBuNG LaGi... HuHu!~

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.