Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Tuesday, March 29, 2011

[ NASIHAT ] Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan


Pernah tak anda tinggalkan solat secara sengaja sama ada terlalu leka bermain game atau menonton televisyen?

Solat itu tiang agama, jika runtuh tiangnya maka runtuhlah agama. Sepertimana sebuah bangunan yang asasnya adalah tiang. Jika tiangnya runtuh maka punahlah binaanya. Rasanya semua sudah tahu yang solat adalah salah satu daripada rukun Islam. Jika salah satu rukun Islam itu tidak ditunaikan maka rosaklah Islam.Bukan macam pengiraan seperti dalam matapelajaran matematik ataupun calculus. Dua tolak satu tinggal lagi satu. Lima tolak satu tinggal empat. Tetapi malangnya jika ditolak salah satu dalam rukun Islam maka hasilnya kosong. Ramai yang beranggapan yang hal-hal meninggalkan solat ini adalah remeh. Katanya semua dah tahu bagaimana nak solat tapi malangnya seringkali tak cukup lima waktu.

"Daripada Jabir; Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya antara seseorang dengan syirik dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang"
(H.R Muslim)

Rasanya sejak dari sekolah rendah lagi bab solat ini ditekankan. Bagaimana cara bersolat, apakah hukum meninggalkan solat dan sebagainya. Namun, tak semua yang ambil ihtimam dan katanya semua perkara dalam solat dah faham. Kalau betul-betul faham, solat itu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Buktinya jelas disebut oleh Allah s.w.t di dalam surah Al-Ankabut:

"Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
(al-ankabut:45)

Apabila seseorang itu melakukan solat maka ia akan memenuhi masanya dengan perkara yang berfaedah dan masa yang digunakan ini akan mengalihkan perhatiannya daripada melakukan maksiat dan perkara-perkara merugikan disamping tidak membuang masa kerana setiap masa itu manusia berada di dalam kerugian melainkan golonga yang telah dikecualikan oleh Allah s.w.t. Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"
(Al-Asr:1-3)

Kecenderunagn untuk melakukan maksiat akan terhindar kerana dalam solat terdapat satu peringkat yang dapat menimbulkan rasa tawajuh manusia terhadap Allah iaitu martabat ihsan. Jibrai bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah ihsan? Sabda baginda: "...Ihsan ialah kamu beribadat seolah-olah melihat Allah jika tidak, ketahuilah bahawa Allah melihat kamu."

Solat akan membezakan antara amalan orang Islam dan orang kafir dari segi cara ibadat dan tingkah laku. Namun, sedar atau tidak bahawa sebahagian daripada mereka yang bergelar Islam hanya sekadar pada kad pengenalan tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar Islam. Ingat! Jangan jadi Islam yang diwarisi tetapi jadilah seorang yang bergelar Islam itu dengan kefahaman yang jelas sebagai seorang Islam. Tahu membezakan yang hak dan yan batil. Tidak mudah terikut-ikut dengan budaya yang bukan menjadi ajaran di dalam Islam. Namun, malangnya solat telah didirikan tetapi maksit dan mungkar masih lagi tidak dapat ditinggalkan. Agak-agaknya kenapa ya?

Jawapannya cuba check balik solat kita. Bagaimana pakaian ketika solat. Bagaimana telekung kita? Jarang ke tak? Macam mana wudhuk kita? Berapa lama masa yang diambil untuk solat? Atau sekadar patuk-patuk ayam atau macam naik bas ekspress?

Jawablah semua persoalan ini pada diri sendiri baru kita akan tahu kenapa masih banyak lagi perkara-perkara mungkar yang dilakukan sedangkan solat cukup lima kali sehari-semalam. InsyaAllah lepas ni kita akan bincang bagaimana ragam masyarakat berdasarkan solat berjemaah.

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan







cONtEsT.....{ cAbUtAN bERtUAH uNTuk SeMuA mEMBe2 pRiNCe..}

ONGOING!!!!!! PANAS !!!! CEPAT2 !!!!



Comments
2 Comments

2 comments:

Noor Maizan said...

thanks :)

AM said...

Betapa pentingnya solat kepada umat Islam. Bila satu dah tertinggal, sia-sia jek 4 yang lain. :(

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.