Sebelum kamu mengeluh tentang rasa makananmu, fikirkan tentang seseorang
yang tidak punya apapun untuk dia makan.
Sebelum anda mengeluh kerana tidak punya apa – apa, fikirkan tentang
seseorang yang harus meminta di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada
pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum kamu mengeluh tentang suami / isterimu, fikirkan tentang sesorang
yang memohon kepada Tuhan agar diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang
seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang
sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kamu mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantumu
tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh tentang jauhya kamu telah memandu, fikirkan
tentang sesorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
Dan di saat kamu telaah dan mengeluh tentang pekerjaanya, fikirkanlah
tentang orang-orang yang pengangguran, orang-orang cacat, orang-orang yang tidak mampu dan berharap mereka mempunyai pekerjaan sepertimu.
Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa
tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Kita semua perlu menjawab kepada Tuhan. Dan ketika kamu sedang bersedih
dan
hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan mengucap syukurlah kepada Tuhan bahawa sampai detik ini kamu masih diberi kehidupan.