Laman sosial SalamWorld.com, yang akan dilancarkan pada tahun depan ianya seperti Facebook, berfungsi untuk menyatukan golongan muda dengan satu matlamat yang sama. Sekumpulan ahli perniagaan Islam di Turki semalam, mendedahkan rancangan untuk melancarkan laman web sosial seperti Facebook yang dipenuhi dengan nilai-nilai baik untuk golongan muda Islam.
laman sosial ini akan menarik perhatian dan membincangkan nilai-nilai murni serta menolak maklumat yang tidak bermanfaat.
Laman sosial itu berpangkalan di Istanbul dan mempunyai cawangan pejabat di Moscow serta Kaherah dan diselaraskan di 30 buah negara lain, dijangka menarik kira-kira 50 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun.
Laman sosial tersebut turut menawarkan perkhidmatan seperti khidmat perundingan teologi dan panduan lokasi masjid dan kedai-kedai makanan halal. Mereka juga sedang berusaha mencipta ensiklopedia secara talian atau dikenali sebagai Islamic Wikipedia